Sunday, June 21, 2015

BAB 29: Di Bawah Pohon Rindu



Teaser

“Budriz tu jarang nak keluar dengan wanita. Tambah lagi berdua. Saya sukakan dia pun, dia buat layan tak layan je,” ujar Sara terus-terang.
“Oh ya? Dia tahu?” soal Khalila. Memang betullah si Sara ni sangat berterus-terang.
“Tahu kak!” Balas Sara. “Eh, boleh ke Sara panggil kakak?” Dah sebut baru nak minta izin budak ni.
“Boleh je. Tak jadi masalah.” Khalila senyum dengan tingkah Sara.
“Dia tahu kak. Saya ni bukan jenis nak suka orang tu diam-diam. Jenis beritahu orang yang saya suka tu terus-terang. Kalau kena reject pun redha ajelah.” Sara begitu terbuka dan selamba; “Ye lah... bab jodoh ni bukan boleh dipaksa.”
“Dia reject?” soal Khalila ingin tahu.
“Hmm...” Sara mengangguk. “Tapi dia beritahu secara gentleman la. Dia kata aturan jodoh ni Tuhan dah tentukan. Kita berdoa semoga kita bertemu dengan jodoh yang telah ditakdirkan. Haish... itu yang buat Sara lagi suka tu.”
“Bila dia kenalkan akak tadi... saya macam dapat agak... you are the one that he's waiting for.” Sara membuat telahan sendiri.
“Mengarutlah! Saya cuma pernah kenal dia... dan dia juga kenal saya. Itu saja.” Khalila mempertahankan kata-katanya.
“Tapi kak... Sara tak pernah nampak dia treat perempuan macam gaya dia treat akak. Dia macam dan jatuh cinta dengan akak tau. Believe me!” Sara tetap dengan pandangannya.
“Sara... biarlah kami berjumpa dengan jodoh yang telah ditakdirkan Tuhan buat kami.” Khalila mengulang ayat yang sama yang telah diungkapkan Sara tadi.
Sara tergelak kecil. “Recycle ayat!”
“Tapi Sara doakan kalian berjodoh. Perfect match!”

Baca bab-bab awal di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

Saturday, June 20, 2015

Bab 28: Di Bawah Pohon Rindu




Budriz mengadap muka Khalila yang sudah cemberut. Dia menarik nafas seketika sebelum menghelanya.
Sorry.” Ucap Budriz pada Khalila.
For what?” tanya Khalila pura-pura tidak tahu tujuan Budriz tersebut.
“Sebab buat Khal tak selesa. Sorry! But, at least we found free accommodation for tonight.” Budriz tersenyum nakal memandang Khalila yang sedang melayan rajuk.
“Huh...mentang-mentanglah kawan dia tu cantik...cepat je setuju!” Balas Khalila.
Budriz tersenyum lagi. Tu cemburu ke, marah ke, merajuk?
“Cemburu?” teka Budriz. Dia memandang dekat wajah Khalila, mencari jawapan.
Khalila mengelak pandang. Merah pipinya tiba-tiba.
“Ish...tak kuasa nak cemburu.”
“Habis kalau tak cemburu?” soal Budriz.
“Marah! Nak makan orang ni.” Jawab Khalila.
Budriz ketawa. Bertambah geram Khalila dibuatnya.
“Tak pe, cemburu tandanya sayang.” Budriz sengaja mengusik Khalila.

Baca bab-bab awal di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

Wednesday, June 3, 2015

BAB 27: Di Bawah Pohon Rindu



Bab 27

Budriz terdiam tiba-tiba. Tiada senyum, tiada tawa. Khalila rasa bersalah bila menyedari Budriz sekadar berdiam diri tidak beri sebarang reaksi. Ada sedikit ketegangan di wajah lelaki yang selalunya tenang itu.
“Maaf! Saya mungkin dah buat salah. Tak patut ungkit cerita tu.” Buru-buru Khalila memohon maaf atas keterlanjuran katanya.

Budriz menghela nafas. Dia tidak marah dengan Khalila. Tapi harga dirinya rasa rendah benar bila perkara itu diungkit walaupun diri sendiri terbukti tidak bersalah.

Monday, May 25, 2015

BAB 25 Setengah





BAB 25

Di jambatan Karawau, New Zealand;

“Kalau takut, jom terjun berdua. Kalau mati, mati sama-sama.”

Sunday, May 24, 2015

BAB 25: Di Bawah Pohon Rindu



BAB 25


Darah rasa menyerbu ke muka saat Khalila menegurnya begitu. Jauh ingatan melayang.
"Ingatkan orang di Malaysia ya?" Duga Khalila sambil menjongketkan kening. Nampak aura nakal di mata Budriz.
Budriz hanya tersenyum nipis. Angguk tidak, geleng pun tidak. Budriz memandang ke arah banjaran gunung yang tersergam indah di hadapan mata. Tasik Wakatipu yang membiru melatari pemandangan mereka. Tenang angin yang berhembus.
"Betullah tu! Siapa? Saya kenalkah?" Tiba-tiba Khalila bertukar jadi gadis 'kepochi'. Selalunya Khalila bukan jenis begitu.
"Tak pernah-pernah. Tiba-tiba je jadi kaki gosip ni?" Budriz tidak mampu menyembunyikan tawanya dengan melihat gelagat Khalila.
Khalila turut ketawa sama. Ya, gagal nak jadi kaki penyibuk.
"Tapi serius… siapa?" Soal Khalila.
"Siapa apa?" Balas Budriz semula.
"Siapa yang diingat dalam jaga ni?" Khalila kembali menyoal. Matanya tepat memandang wajah Budriz.
"Teringat kenangan di sekolah dulu. Seronok menyakat orang," jawab Budriz.
"Ramai tu. Yang mana satu?" soal Khalilla merujuk kepada wanita-wanita yang pernah menaruh harapan dan hati kepada Budriz. Mungkin salah seorang daripada mereka telah berjaya membuat pemuda di depannya ini senyum simpul sendiri.
Budriz menggelengkan kepala. Tidak percaya yang Khalila tiba-tiba berminat dengan kisah peribadinya di sekolah dahulu.
"Yang mana satu?" Ulang Khalila lagi.
"The special one…" Budriz berjeda, mencari kekuatan. "Hmm…" Belum ada cukup kekuatan dalam diri. Takut andai dia meluahkan, Khalila tak mampu menerimanya dengan hati terbuka.


Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

p/s: Tamat bab di Ilham... sekarang akan mula update bab yang dah siap. Moga dapat pecut langkah seribu menaip.... :)

Friday, May 22, 2015

BAB 24: Di Bawah Pohon Rindu




BAB 24

Budriz memerhati lama wajah Khalila, tanpa Khalila sedari. Cantik. Manis. 
Deringan telefon Khalila mengejutkan Budriz. Khalila cepat-cepat mencuci tangan dan menyeluk poket bajunya.
"Hello." Suara lembut Khalila menampar ke telinga Budriz. Perbualan mesra itu mengganggu angannya. Budriz mohon diri untuk beredar dengan menyampaikan dengan gerakan tangan kepada Khalila.

Dari jauh dia masih dapat menyaksikan senyum manis Khalila ketika sedang berbual dengan seseorang di telefon. Tentu orangnya sungguh istimewa. Hati Budriz rasa lain macam tiba-tiba. Tak tenteram. Dia singgah di surau sekolah. Berteleku seketika. Namun terus beredar ke ruang wuduk. Dia mengerjakan solat sunat.

Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser


Thursday, May 21, 2015

BAB 23: Di Bawah Pohon Rindu




BAB 23

Jam sudah hampir melewati ke angka 1 pagi. Mata tidak mahu lelap, sedangkan badan sudah benar-benar keletihan. Dicapai Note lalu melayari akaun Instagramnya. Gambar ikan lumba-lumba yang diambil di Kaikoura tadi dikongsi bersama kawan-kawannya di laman sosial tersebut. Ramai betul yang 'LIKE' dan ramai juga yang beri komen.
'Cantik!' 'Nice!'
Dia meneliti lagi gambar-gambar yang sempat dirakam menggunakan peranti peribadinya itu. Ada banyak juga gambar. Namun jarinya terhenti pada satu gambat. Gambar yang dicuri-curi ambil tanpa pengetahuan tuannya. Gambar Budriz yang sedang mengambil gambar panorama indah dengan kamera DSLRnya itu. Kacak juga mamat ni! Eh, tapi memang sejak dulu lagi rasanya memang lelaki ini tergolong antara lelaki kacak di sekolah tempat dia mengajar dulu.
Mesti ramai gadis yang mengekor ke mana saja dia pergi di universitinya. Sedangkan waktu sekolah dulu pun pelajar perempuan sanggup berbaris di tepi jendela kelas masing-masing gara-gara nak tengok dan lambai Budriz yang lalu di koridor kelas. Tak terkecuali pelajar-pelajarnya.
Namun perhatian Khalila hanya seketika di skrin gambar tersebut bilamana matanya dapat menangkap satu berita di dinding laman sosial Facebooknya. Fikri dah tukar status dari 'single' menjadi 'married'. Terasa jantung seperti berhenti berdenyut sedetik. Hati pula terasa dihiris dengan pisau yang tajam. Ya, memang sewaktu berkasih dengan Fikri dahulu, Fikri sendiri tidak pernah mengisytiharkan perkara tersebut di Facebook. Ya, dia perasan sangat perihal itu.

Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

Wednesday, May 20, 2015

BAB 22: Di Bawah Pohon Rindu




BAB 22

Budriz menghampiri Khalila yang bersandar di boot belakang kereta. Jarak mereka hanya beberapa langkah. Khalila pula menghampiri selangkah ke depan.
"Pakai ni." Khalila meletakkan kembali selendang yang Budriz pinjamkan tadu di leher lelaki itu.
Budriz tergamam seketika dengan tindakan Khalila yang tidak diduga itu. Khalila pula terus membetulkan selendang tersebut di leher Budriz.
"Saya tak mahu pemandu saya ni jatuh sakit," ucap Khalila dengan senyuman manisnya.
Budriz nyata terpesona dengan senyuman tersebut. Manis!




Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

Saturday, May 16, 2015

BAB 21: Di Bawah Pohon Rindu


BAB 21

"Cikgu boleh jadi marka saya?" Khairy menyoal Khalila sambil ketawa.
"Jangan nak mengada ya! Jangan nak menggedik dengan Cikgu Khal pula." Budriz memberi amaran. Khalila senyum cuma.
"Tengok tu Cikgu Mad, Riz over-protected cikgu kesayangan dia tu. Tak bagi peluang langsung." Adu Khairy pada Cikgu Ahmad.
"Sudah-sudah! Hampa pi panggil kelas ni, la ni jugak." Arah Cikgu Ahmad.
"Oraitt!" Khairy bergerak sebaik mendengar arahan.
Lama selepas itu, Cikgu Ahmad bersuara, "Cikgu jangan ambil hati naa... depa bergurau saja tu. Nampak saja macam nakal, tapi hati baik."

Mata Khalila menyoroti setiap gerakan Budriz dari jauh. Budriz kelihatan menghampiri satu pasangan tua yang kelihatan tidak tentu arah dan seperti mencari sesuatu. Dia melihat Budriz memimpin tangan lelaki yang kelihatan uzur itu menuju ke dalam pejabat sekolah.
"Itu yang saya beritahu tadi, nampak saja nakal... tapi hati baik. Itulah Budriz. Dari saya mula-mula kenal dia dalam kelab ni, sampailah sekarang." Terang Cikgu Ahmad. Jarinya memetik butang kamera di tangannya.



Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser


p/s: Sempena hari Guru :) Cheq sayang Cikgu Cheq!

Saturday, May 9, 2015

BAB 20: Di Bawah Pohon Rindu





BAB 20

Budriz sedang menyiapkan sarapan ringkas di dapur ketika Khalila sudah h pun bersiap sedia bergalas beg sandang di bahunya.
"Sarapan dulu." Ajak Budriz sambil memandang ke arah Khalila di sofa berhampiran dengan ruang dapur itu. Khalila tersenyum nipis lalu mengangguk. Dicari kelibat Ayuni mahupun Hafiz namun tidak kelihatan. Khalila meletakkan beg sandangnya itu di atas sofa yang didudukinya tadi lalu langkah diatur ke bahagian dapur rumah tersebut. Jam di tangan baru menunjukkan pukul 6 pagi.

"Mari. Jemput makan Menu orang bujang je ni." Budriz duduk di depan Khalila.
Terpegun seketika Khalila melihat hidangan sarapan pagi di depan mata. Rajin betul orang bujang ni buat sarapan. Sardine roll dengan teh panas. Walaupun ringkas, namun perlukan kemahiran juga nak gulung cantik-cantik dan comel macam dalam piring di depannya itu. Khalila pelik bila hanya melihat dua biji cawan sahaja di atas meja.

Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

Wednesday, May 6, 2015

BAB 19: Di Bawah Pohon Rindu

BAB 19

Memandang sekeliling di balai berlepas. Tunggu masa saja untuk melepasi pintu kapal terbang. Kedua-dua pengantin baru itu duduk berdua. Hai... rasa menyesal pula buat keputusan untuk ikut sama. Rasa terganggu dan mengganggu pula. Nasib badanlah...
Kapal terbang sedia menunggu. Masa untuk memasuki pesawat. Hafiz dan Ayuni beriringan berdua. Khalila di belakang bersama dengan beg galas tersandang di bahu. Pas kapal terbang dihulurkan kepada pramugari di depan pintu masuk kapal terbang. Mereka kemudian dibekalkan dengan sekeping kertas maklumat diri yang bakal digunakan kelak ketika di pintu masuk Imigresen Lapangan Terbang Auckland.

"Hai Khal!" Sapaan Budriz itu mengejutkan Khalila. Terkedu dia dibuat Budriz. Mana gelaran Cikgu kat depan namanya itu? Sudah hilang ke?




Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

Saturday, May 2, 2015

BAB 18


BAB 18

"You look better here..." Nic merujuk pada wajah Khalila yang nampak tidak kelihatan pucat lagi.
"...but not here." Nic menyambung, meletakkan tangan kanannya di dada.
"Ada tips tak untuk Khal sembunyikan dari orang lain nampak?" Soal Khalila tersenyum nipis. Hatinya terubat sedikit mendengar usikan Nic.
"Ada..." Nic jawab bersahaja.
"Apa dia? Bolehlah Khal cuba lepas ni." Khalila menunggu penerangan dari Nic. Namun jejaka itu hanya tersenyum. memandang kereta-kereta di hadapannya. 
Ya, Nic sedang memandu dengan penuh berhemah. Pemandu yang selalu dapat pujian dari Pak Teh Razifnya.
"Khal cuba pakai mekap tebal. Terselindunglah semua di hati tu." Tutur Nic. Khalila ketawa lepas. Nic rasa bahagia mendengar tawa tersebut. Kerana sudah lebih seminggu dia tidak mendengar tawa dari gadis itu.
"Pandai Nic buat lawak ya!" Khalila masih lagi dengan tawanya yang bersisa.
"I'm serious! Khal boleh cuba. Pasti semua tak tahu apa yang bersarang dalam hati Khal tu kalau pakai mekap tebal-tebal. Macam geisha kat Jepun tu." Nic masih berbicara tanpa memandang Khalila di sebelahnya.
Tawa Khalila mati tiba-tiba. Hatinya runtun.

Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser


Friday, May 1, 2015

BAB 17 Di Bawah Pohon Rindu



"Alhamdulillah, kau dah sedar Khal1 Risaunya aku bila kau jatuh sakit tiba-tiba macam ni." Tegur Ayuni. Dia datang menziarahi Khalila sebaik sahaja diberitahu bahawa Khalila telah sedar dari pengsannya. Ketika Ayuni menjengah, Khalila baru saja sedang menyuap sarapan ke mulut.
" Hmm... aku belum nak mati lagilah Yuni." Gurau Khalila.
"Hah... bergurau macam tu lagi. Dah tak sayang nyawalah tu." Marah Ayuni sebaik mendengar gurauan Khalila.
"Aduhai Puan Ayuni, sejak bila dah jadi sensitif sangat ni? Sejak kahwin ni makin sensitif pula ye. Hmm... semua manusia akan mati yang oii! Tak ada siapa yang nak hidup menongkat langit ni sampai bila-bila." Balas Khalila.
"Memanglah semua manusia tu akan mati. Tapi kalau nak mati pun, biarlah semua amalannya cukup. Bukan pergi macam tu je." Ayuni pula berhujah.


Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser


Thursday, April 30, 2015

Bab 16: Di bawah pohon rindu










BAB 16

'Tlg jagakan Khal untuk aku, Fiz.'
Sempat lagi Budriz menghantar pesanan ringkas buat sepupunya itu.
'OK, Bro. No worries.'
Pesanan balas diterima.

***

"Huh... jual mahal!" Dengus Nurul Ain sambil menarik muka.
"Bukan jual mahal, Cik Nurul Ain. Tak salah rasanya kalau saya memilih jalan bahagia untuk diri sendiri..." Budriz sengaja mengenakan gadis tersebut.
"Dan rasanya tak salah kot kalau Ain sukakan Riz kan?" Giliran Nurul Ain pula meningkah bicara.
"Siapalah saya mahu menyekat orang dari menyukai saya. Siapalah saya. Nurul Ain! Tapi, saya juga ada hak saya untuk menyukai siapa saja yang saya suka. Memilih siapa jua wanita yang bakal menjadi suri hidup saya. Saya hormati perasaan awak, Ain... malah menghargai rasa suka tu. Tapi saya tak mampu menganggap awak lebih dari seorang kawan kerana hati saya sudah diisi seseorang. Maafkan saya untuk itu." Budriz memberi satu penjelasan buat kesekian kalinya.

Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

Tuesday, April 28, 2015

Bab 15: Di Bawah Pohon Rindu




Bab 15

"Kau dengan Khal ni serius ke, Riz?" soal Hafiz akhirnya. Telah lama persoalan tentang hubungan mereka menjadi tanda tanya di hati. Pada Ayuni pernah disuarakan. Namun kata Ayuni, hubungan Budriz dan Khalila sekadar hubungan seorang pelajar dengan bekas guru. Namun pada pemerhatiannya, Budriz menyayangi Khalila seperti seorang lelaki normal yang lain mengasihi seorang wanita. Itu yang menghairankan Hafiz.

"Dalam soal yang satu ni, aku tak pernah main-main Fiz." Budriz berterus-terang dengan kata hatinya. Biarlah apa saja orang luar akan kata, terpulang pada individu tersebut untuk menilai.

"Walaupun kau tahu yang kau hanya bertepuk sebelah tangan?" soal Hafiz lagi. Serius.



Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

Monday, April 27, 2015

Bab 14: Di Bawah Pohon Rindu



Benarkah begitu sengsara wanita ini menangani kisah cintanya?

"Khal…" Bergetar bibir saat melafaz nama tersebut.

"Walau apa jua yang berlaku… saya mahu Khal bangun semula. Saya tahu Khal kuat dan bersemangat! Saya mahu lihat Khal yang dulu." Tutur Budriz sambil memandang wajah Khalila yang berada di pembaringan.

"Sayang saya…pada Khal, dari dulu tidak pernah berubah dan masih di sini." Sebelah tangan Budriz diletakkan di dadanya.



Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

Saturday, April 25, 2015

Bab 13: Di Bawah Pohon Rindu





BAB 13

"Encik Fiqri, saya ni Hanis. H.A.N.I.S. Sepupu Khalila. Apa yang Encik Fiqri buat dengan sepupu saya tu ya?" Terdengar suara gadis itu meninggi tiba-tiba. Siap mengeja namanya lagi. Marah betul.

"Oppss... ni kenapa yang nak marah-marah sangat ni Cik Hanis? Kita tak pernah..."

"Saya marah sebab dia sepupu saya dan dia dah hambakan diri untuk Encik Fiqri seorang saja sejak dulu... dan tiba-tiba saja dapat tahu yang Encik Fiqri ni dah bertunang dengan orang lain. Itupun dah 3 tahun lamanya. Kalau saya, saya pun bengang! Dan sekarang ni Khalila terlantar di hospital gara-gara awak, Encik Fiqri." Hanis terus memotong percakapan Fiqri sebelum lelaki itu sempat menghabiskan ayatnya.


Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

Friday, April 24, 2015

Bab 12 : Di Bawah Pohon Rindu


BAB 12

" Khalila... inilah tunangan hati Fiqri sejak 3 tahun yang lalu, Laila. Insya Allah, mereka akan bersatu dalam tempoh sebulan dari sekarang. Mak Cik minta cepatkan." Tutur Puan Hasnah kepada Khalila yang duduk di birai katilnya. Keadaan wanita itu lemah sedikit, namun bila melihat anak dan bakal menantunya berada di situ.



"Khal, you tak salah. Memang I sayangkan you..."
"Sayangkan I separuh hati kan! Cukuplah Fiq. Cukuplah! Lagi banyak you bercakap, lagi sakit hati I. Cukuplah sampai di sini. I pergi..." Sekuat tenaga Khalila melepaskan lengannya dari tawanan Fiqri.
"I'm hurt!" Khalila terus beredar.


~ ' Kata cinta kau lafazkan. Janji manis mengangungkan kasihku. Madah dusta, menghancur jiwa nan lara...' ~

Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

Thursday, April 23, 2015

Bab 11: Di bawah pohon rindu






BAB 11 Di Bawah Pohon Rindu

Cepat-cepat aku keluar. Aku ke hujung koridor, membaca isi surat tersebut. Bukan surat cinta pun. Tapi kata-kata dalam surat tu bisa buat aku terharu. Sungguh-sungguh terharu. Antara isinya;

‘Budriz, cikgu harap Budriz tabah menghadapi dugaan ini. Insya Allah, Budriz akan lepas bebas. Tabahkan hati. Walaupun orang lain memandang hina dan mencaci cerca, cikgu percaya Budriz tak bersalah. Bersabar dan tawakal ya!’

Cuma part terakhir surat tersebut buat aku longlai sedikit;

‘Cikgu tak dapat nak berikan CINTA kerana Budriz dah cikgu anggap sebagai pelajar Cikgu sendiri. Lagipun Budriz mempunyai banyak peluang dan ruang untuk mengenali mana-mana gadis kelak. Cikgu doakan jodoh Budriz dengan gadis yang baik. Cikgu lupakan apa yang pernah Budriz luahkan dulu sewaktu perkemahan di Tanjung Piai dan anggap ianya hanya sekadar angin lalu.’

Surat daripada Khalila masih tersimpan rapi. Itulah satu-satunya kenangan bertulis yang tinggal. Yang lain hanya memori fotografi sahaja. Tidak menyangka akan bertemu kembali dengannya. Mengharapkan juga pertemuan semula kali ini memberikan sinar di hatinya.

‘Ya, disaat orang lain tidak percaya…hanya dia seorang yang mempercayai aku tanpa langsung mempertikaikan…’


Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

Sunday, April 19, 2015

Friday, March 27, 2015

Bab 9: Di bawah pohon rindu


BAB 9

Usik mengusik senda gurauan mu 
Bermain-main dalam ingatan ku 
Engkau ikhlas bila menolong 
Engkau banyak mendorong 
Walau kita lama terpisah 
Engkau tak pernah ku lupa






Baca selanjutnya di Ilham : Bab 9 Di bawah pohon rindu

Thursday, March 26, 2015

Wednesday, March 25, 2015

Bab 7, Di bawah pohon rindu



“Ayuni… Fiqri tu bukan buah! Dan aku… masih setia tunggu dia, ok! Jangan kau nak hasut aku yang bukan-bukan.” Agak beremosi nada suara Khalila bila Ayuni sekali lagi cuba menghasut hatinya agar mengkhianati Fiqri.

Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu Bab 7
Teaser di Youtube >> Teaser

Tuesday, March 24, 2015

Bab 6, Di bawah pohon rindu




“Tengok gambar ni.” Nic mengunjukkan kamera digital SLRnya kepada Khalila. Khalila menyambut kamera tersebut dari tangan Nic. Terkedu lidah Khalila melihat gambar yang dirakam Nic. Lelaki itu ketawa kecil.

“Hish… ada ke rakam gambar Khal tengah kesat airmata. Malu je!” Wajah gadis itu sudah merah menahan malu.

“Comel apa! Bukan selalu boleh tengok si teman lebih sensitif dari pengantin.” Nic ketawa lagi. Seronok mengusik Khalila yang sudah dianggap bagai adik sendiri olehnya.


Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu Bab 6 
Teaser di Youtube >> Teaser

Monday, March 23, 2015

Bab 5, Di bawah pohon rindu


Mata bundar itu, mengusik jiwa! Sudah lama ingin bertemu, baru kini dapat bersua. Dia di sana... di sebelah mempelai. Duduk bersimpuh bak dewi di sisi pengantin puteri. Wajah manis itu tak mungkin bisa kulupa... ~ Budriz.


Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu Bab 5 
Teaser di Youtube >> Teaser

Thursday, March 19, 2015

Saturday, March 7, 2015

Putrajaya: Part I

Cerita bulan lepas. Part 1. Jalan-jalan cari pasal ke Putrajaya. Ke Alamanda sebenarnya nak beli seluar (jauh naw cari seluar sampai Putrajaya. Hehe... Actually, orang pesan... so terpaksa la memenuhi hajat).
So, masa yang ada sebelum masuk waktu jem, ajak housemate singgah dataran Putra. Rindunya waktu belajar kat UPM dulu, hari minggu kat sini la rajin berjalan-jalan. Tapi waktu tu Putrajaya baru jer siap, masih ada construction lain sebelum adanya Putrajaya yg berdiri hari ini.Kat bawah ni tempat yang paling wajib dilawati kalau nak melawat Putrajaya. Pelancong-pelancong luar ramai yang datang nak tengok Putrajaya, kita yg dok Malaysia ni... haruslah rasa bangga.

Pejabat Perdana Menteri.

Masjid Putra

Jalur Gemilang

Masjid Putra
Panas lit-lit masa ni. Dahaga punya pasal, terus cari air kat Selera Putra, dekat dengan Souq berhampiran masjid.

Jambatan yg unik tu. Cantik.

Istana Sultan Selangor.

Jejak Sisiran Putrajaya.



Cantik kubah masjid.


Dataran Putra.


Banyak sebenarnya tempat menarik kat Putrajaya ni, tapi belum sempat cover habis. Will be back on Part 2.