Thursday, May 21, 2015

BAB 23: Di Bawah Pohon Rindu




BAB 23

Jam sudah hampir melewati ke angka 1 pagi. Mata tidak mahu lelap, sedangkan badan sudah benar-benar keletihan. Dicapai Note lalu melayari akaun Instagramnya. Gambar ikan lumba-lumba yang diambil di Kaikoura tadi dikongsi bersama kawan-kawannya di laman sosial tersebut. Ramai betul yang 'LIKE' dan ramai juga yang beri komen.
'Cantik!' 'Nice!'
Dia meneliti lagi gambar-gambar yang sempat dirakam menggunakan peranti peribadinya itu. Ada banyak juga gambar. Namun jarinya terhenti pada satu gambat. Gambar yang dicuri-curi ambil tanpa pengetahuan tuannya. Gambar Budriz yang sedang mengambil gambar panorama indah dengan kamera DSLRnya itu. Kacak juga mamat ni! Eh, tapi memang sejak dulu lagi rasanya memang lelaki ini tergolong antara lelaki kacak di sekolah tempat dia mengajar dulu.
Mesti ramai gadis yang mengekor ke mana saja dia pergi di universitinya. Sedangkan waktu sekolah dulu pun pelajar perempuan sanggup berbaris di tepi jendela kelas masing-masing gara-gara nak tengok dan lambai Budriz yang lalu di koridor kelas. Tak terkecuali pelajar-pelajarnya.
Namun perhatian Khalila hanya seketika di skrin gambar tersebut bilamana matanya dapat menangkap satu berita di dinding laman sosial Facebooknya. Fikri dah tukar status dari 'single' menjadi 'married'. Terasa jantung seperti berhenti berdenyut sedetik. Hati pula terasa dihiris dengan pisau yang tajam. Ya, memang sewaktu berkasih dengan Fikri dahulu, Fikri sendiri tidak pernah mengisytiharkan perkara tersebut di Facebook. Ya, dia perasan sangat perihal itu.

Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

No comments:

Post a Comment