Monday, May 25, 2015

BAB 25 Setengah





BAB 25

Di jambatan Karawau, New Zealand;

“Kalau takut, jom terjun berdua. Kalau mati, mati sama-sama.”

Sunday, May 24, 2015

BAB 25: Di Bawah Pohon Rindu



BAB 25


Darah rasa menyerbu ke muka saat Khalila menegurnya begitu. Jauh ingatan melayang.
"Ingatkan orang di Malaysia ya?" Duga Khalila sambil menjongketkan kening. Nampak aura nakal di mata Budriz.
Budriz hanya tersenyum nipis. Angguk tidak, geleng pun tidak. Budriz memandang ke arah banjaran gunung yang tersergam indah di hadapan mata. Tasik Wakatipu yang membiru melatari pemandangan mereka. Tenang angin yang berhembus.
"Betullah tu! Siapa? Saya kenalkah?" Tiba-tiba Khalila bertukar jadi gadis 'kepochi'. Selalunya Khalila bukan jenis begitu.
"Tak pernah-pernah. Tiba-tiba je jadi kaki gosip ni?" Budriz tidak mampu menyembunyikan tawanya dengan melihat gelagat Khalila.
Khalila turut ketawa sama. Ya, gagal nak jadi kaki penyibuk.
"Tapi serius… siapa?" Soal Khalila.
"Siapa apa?" Balas Budriz semula.
"Siapa yang diingat dalam jaga ni?" Khalila kembali menyoal. Matanya tepat memandang wajah Budriz.
"Teringat kenangan di sekolah dulu. Seronok menyakat orang," jawab Budriz.
"Ramai tu. Yang mana satu?" soal Khalilla merujuk kepada wanita-wanita yang pernah menaruh harapan dan hati kepada Budriz. Mungkin salah seorang daripada mereka telah berjaya membuat pemuda di depannya ini senyum simpul sendiri.
Budriz menggelengkan kepala. Tidak percaya yang Khalila tiba-tiba berminat dengan kisah peribadinya di sekolah dahulu.
"Yang mana satu?" Ulang Khalila lagi.
"The special one…" Budriz berjeda, mencari kekuatan. "Hmm…" Belum ada cukup kekuatan dalam diri. Takut andai dia meluahkan, Khalila tak mampu menerimanya dengan hati terbuka.


Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

p/s: Tamat bab di Ilham... sekarang akan mula update bab yang dah siap. Moga dapat pecut langkah seribu menaip.... :)

Friday, May 22, 2015

BAB 24: Di Bawah Pohon Rindu




BAB 24

Budriz memerhati lama wajah Khalila, tanpa Khalila sedari. Cantik. Manis. 
Deringan telefon Khalila mengejutkan Budriz. Khalila cepat-cepat mencuci tangan dan menyeluk poket bajunya.
"Hello." Suara lembut Khalila menampar ke telinga Budriz. Perbualan mesra itu mengganggu angannya. Budriz mohon diri untuk beredar dengan menyampaikan dengan gerakan tangan kepada Khalila.

Dari jauh dia masih dapat menyaksikan senyum manis Khalila ketika sedang berbual dengan seseorang di telefon. Tentu orangnya sungguh istimewa. Hati Budriz rasa lain macam tiba-tiba. Tak tenteram. Dia singgah di surau sekolah. Berteleku seketika. Namun terus beredar ke ruang wuduk. Dia mengerjakan solat sunat.

Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser


Thursday, May 21, 2015

BAB 23: Di Bawah Pohon Rindu




BAB 23

Jam sudah hampir melewati ke angka 1 pagi. Mata tidak mahu lelap, sedangkan badan sudah benar-benar keletihan. Dicapai Note lalu melayari akaun Instagramnya. Gambar ikan lumba-lumba yang diambil di Kaikoura tadi dikongsi bersama kawan-kawannya di laman sosial tersebut. Ramai betul yang 'LIKE' dan ramai juga yang beri komen.
'Cantik!' 'Nice!'
Dia meneliti lagi gambar-gambar yang sempat dirakam menggunakan peranti peribadinya itu. Ada banyak juga gambar. Namun jarinya terhenti pada satu gambat. Gambar yang dicuri-curi ambil tanpa pengetahuan tuannya. Gambar Budriz yang sedang mengambil gambar panorama indah dengan kamera DSLRnya itu. Kacak juga mamat ni! Eh, tapi memang sejak dulu lagi rasanya memang lelaki ini tergolong antara lelaki kacak di sekolah tempat dia mengajar dulu.
Mesti ramai gadis yang mengekor ke mana saja dia pergi di universitinya. Sedangkan waktu sekolah dulu pun pelajar perempuan sanggup berbaris di tepi jendela kelas masing-masing gara-gara nak tengok dan lambai Budriz yang lalu di koridor kelas. Tak terkecuali pelajar-pelajarnya.
Namun perhatian Khalila hanya seketika di skrin gambar tersebut bilamana matanya dapat menangkap satu berita di dinding laman sosial Facebooknya. Fikri dah tukar status dari 'single' menjadi 'married'. Terasa jantung seperti berhenti berdenyut sedetik. Hati pula terasa dihiris dengan pisau yang tajam. Ya, memang sewaktu berkasih dengan Fikri dahulu, Fikri sendiri tidak pernah mengisytiharkan perkara tersebut di Facebook. Ya, dia perasan sangat perihal itu.

Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

Wednesday, May 20, 2015

BAB 22: Di Bawah Pohon Rindu




BAB 22

Budriz menghampiri Khalila yang bersandar di boot belakang kereta. Jarak mereka hanya beberapa langkah. Khalila pula menghampiri selangkah ke depan.
"Pakai ni." Khalila meletakkan kembali selendang yang Budriz pinjamkan tadu di leher lelaki itu.
Budriz tergamam seketika dengan tindakan Khalila yang tidak diduga itu. Khalila pula terus membetulkan selendang tersebut di leher Budriz.
"Saya tak mahu pemandu saya ni jatuh sakit," ucap Khalila dengan senyuman manisnya.
Budriz nyata terpesona dengan senyuman tersebut. Manis!




Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

Saturday, May 16, 2015

BAB 21: Di Bawah Pohon Rindu


BAB 21

"Cikgu boleh jadi marka saya?" Khairy menyoal Khalila sambil ketawa.
"Jangan nak mengada ya! Jangan nak menggedik dengan Cikgu Khal pula." Budriz memberi amaran. Khalila senyum cuma.
"Tengok tu Cikgu Mad, Riz over-protected cikgu kesayangan dia tu. Tak bagi peluang langsung." Adu Khairy pada Cikgu Ahmad.
"Sudah-sudah! Hampa pi panggil kelas ni, la ni jugak." Arah Cikgu Ahmad.
"Oraitt!" Khairy bergerak sebaik mendengar arahan.
Lama selepas itu, Cikgu Ahmad bersuara, "Cikgu jangan ambil hati naa... depa bergurau saja tu. Nampak saja macam nakal, tapi hati baik."

Mata Khalila menyoroti setiap gerakan Budriz dari jauh. Budriz kelihatan menghampiri satu pasangan tua yang kelihatan tidak tentu arah dan seperti mencari sesuatu. Dia melihat Budriz memimpin tangan lelaki yang kelihatan uzur itu menuju ke dalam pejabat sekolah.
"Itu yang saya beritahu tadi, nampak saja nakal... tapi hati baik. Itulah Budriz. Dari saya mula-mula kenal dia dalam kelab ni, sampailah sekarang." Terang Cikgu Ahmad. Jarinya memetik butang kamera di tangannya.



Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser


p/s: Sempena hari Guru :) Cheq sayang Cikgu Cheq!

Saturday, May 9, 2015

BAB 20: Di Bawah Pohon Rindu





BAB 20

Budriz sedang menyiapkan sarapan ringkas di dapur ketika Khalila sudah h pun bersiap sedia bergalas beg sandang di bahunya.
"Sarapan dulu." Ajak Budriz sambil memandang ke arah Khalila di sofa berhampiran dengan ruang dapur itu. Khalila tersenyum nipis lalu mengangguk. Dicari kelibat Ayuni mahupun Hafiz namun tidak kelihatan. Khalila meletakkan beg sandangnya itu di atas sofa yang didudukinya tadi lalu langkah diatur ke bahagian dapur rumah tersebut. Jam di tangan baru menunjukkan pukul 6 pagi.

"Mari. Jemput makan Menu orang bujang je ni." Budriz duduk di depan Khalila.
Terpegun seketika Khalila melihat hidangan sarapan pagi di depan mata. Rajin betul orang bujang ni buat sarapan. Sardine roll dengan teh panas. Walaupun ringkas, namun perlukan kemahiran juga nak gulung cantik-cantik dan comel macam dalam piring di depannya itu. Khalila pelik bila hanya melihat dua biji cawan sahaja di atas meja.

Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

Wednesday, May 6, 2015

BAB 19: Di Bawah Pohon Rindu

BAB 19

Memandang sekeliling di balai berlepas. Tunggu masa saja untuk melepasi pintu kapal terbang. Kedua-dua pengantin baru itu duduk berdua. Hai... rasa menyesal pula buat keputusan untuk ikut sama. Rasa terganggu dan mengganggu pula. Nasib badanlah...
Kapal terbang sedia menunggu. Masa untuk memasuki pesawat. Hafiz dan Ayuni beriringan berdua. Khalila di belakang bersama dengan beg galas tersandang di bahu. Pas kapal terbang dihulurkan kepada pramugari di depan pintu masuk kapal terbang. Mereka kemudian dibekalkan dengan sekeping kertas maklumat diri yang bakal digunakan kelak ketika di pintu masuk Imigresen Lapangan Terbang Auckland.

"Hai Khal!" Sapaan Budriz itu mengejutkan Khalila. Terkedu dia dibuat Budriz. Mana gelaran Cikgu kat depan namanya itu? Sudah hilang ke?




Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser

Saturday, May 2, 2015

BAB 18


BAB 18

"You look better here..." Nic merujuk pada wajah Khalila yang nampak tidak kelihatan pucat lagi.
"...but not here." Nic menyambung, meletakkan tangan kanannya di dada.
"Ada tips tak untuk Khal sembunyikan dari orang lain nampak?" Soal Khalila tersenyum nipis. Hatinya terubat sedikit mendengar usikan Nic.
"Ada..." Nic jawab bersahaja.
"Apa dia? Bolehlah Khal cuba lepas ni." Khalila menunggu penerangan dari Nic. Namun jejaka itu hanya tersenyum. memandang kereta-kereta di hadapannya. 
Ya, Nic sedang memandu dengan penuh berhemah. Pemandu yang selalu dapat pujian dari Pak Teh Razifnya.
"Khal cuba pakai mekap tebal. Terselindunglah semua di hati tu." Tutur Nic. Khalila ketawa lepas. Nic rasa bahagia mendengar tawa tersebut. Kerana sudah lebih seminggu dia tidak mendengar tawa dari gadis itu.
"Pandai Nic buat lawak ya!" Khalila masih lagi dengan tawanya yang bersisa.
"I'm serious! Khal boleh cuba. Pasti semua tak tahu apa yang bersarang dalam hati Khal tu kalau pakai mekap tebal-tebal. Macam geisha kat Jepun tu." Nic masih berbicara tanpa memandang Khalila di sebelahnya.
Tawa Khalila mati tiba-tiba. Hatinya runtun.

Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser


Friday, May 1, 2015

BAB 17 Di Bawah Pohon Rindu



"Alhamdulillah, kau dah sedar Khal1 Risaunya aku bila kau jatuh sakit tiba-tiba macam ni." Tegur Ayuni. Dia datang menziarahi Khalila sebaik sahaja diberitahu bahawa Khalila telah sedar dari pengsannya. Ketika Ayuni menjengah, Khalila baru saja sedang menyuap sarapan ke mulut.
" Hmm... aku belum nak mati lagilah Yuni." Gurau Khalila.
"Hah... bergurau macam tu lagi. Dah tak sayang nyawalah tu." Marah Ayuni sebaik mendengar gurauan Khalila.
"Aduhai Puan Ayuni, sejak bila dah jadi sensitif sangat ni? Sejak kahwin ni makin sensitif pula ye. Hmm... semua manusia akan mati yang oii! Tak ada siapa yang nak hidup menongkat langit ni sampai bila-bila." Balas Khalila.
"Memanglah semua manusia tu akan mati. Tapi kalau nak mati pun, biarlah semua amalannya cukup. Bukan pergi macam tu je." Ayuni pula berhujah.


Baca bab penuh di sini >> Di Bawah Pohon Rindu 
Teaser di Youtube >> Teaser