Friday, February 27, 2015

Preview lama: Part 12





BAB 10
Memuja hanya dirimu...





Oh tercipta… satu cinta indah yang pertama… antara kita berdua! ~Wafiy

Sinar matamu menyentuh hati, kekal abadi di hatiku~ Kay.

p/s: Tamatlah preview-preview pendek cerita Percaya Ada Cinta sebelum versi cetak. Lepas ni nak concentrate sambung novel yg tak siap-siap dan nak travel 1 Malaysia. :) 

Thursday, February 26, 2015

Preview lama: Part 11




BAB 9
Semua ku terima apa adanya...

"I sayangkan you, Rasha.. dan I tak mahu kehilangan you. Dendam yang ingin you teruskan ini akan merugikan you." Pujuk Arsyad. Rasha merenung dalam-dalam wajah Arsyad. Hatinya berbicara sendiri.
'Maafkan I, Syad. You akan kehilangan I... tapi percayalah.... I sayangkan you." Arsyad pula seakan berjanji di dalam dirinya. Kasihnya pada Rasha bagai air pasang yang tiada surutnya. Akan disunting gadis itu secepat mungkin.

p/s: I miss them... Aura diaorang ni kuat betul!

Wednesday, February 25, 2015

Preview lama: Part 10




BAB 8
Tak ada tempat bermanja bermesra...

"Abang Amer... Rasha dah ada orang lain. Fiy kenal siapa orangnya!" Wafiy merenung gambar pertunangan Rasha dan abangnya di dalam album gambar. "Sampai hati Rasha menduakan abangnya. Kalau orang lain, aku tak berkira sangat, Rasha. Tapi Abang Amer tu, abang aku. Satu-satunya abang yang aku ada kat dunia ni. Apa salah abang Amer, Rasha?" Hati Wafiy terluka apabila melihat senyuman Rasha di samping abangnya di dalam gambar tersebut.

p/s: Mencari tempat yg sesuai untuk short vacation. Otak dah tepu!


Tuesday, February 24, 2015

Preview lama: Part 9




BAB 7

Hemm… gadis bernama Wafiy Munirah itu amat pelik sekali tingkahnya. She's something!~ Arsyad 

Aku ada cara aku untuk mengajar kau, Rasya! ~ Wafiy


P/s: Cuaca tak menentu. Kawan-kawan jaga diri.

Monday, February 23, 2015

Preview lama: Part 8





BAB 6
Senyuman manismu menggoda sukma ku~ Kay


Ishk, si Kay ni dok bersayang-sayang. Kalau betul sayang, cakap terus-terang! Tak perlu aku nak bermain dengan perasaan sendiri. Seriuslah sikit!~ Wafiy

Fiy, aku memang benar-benar sukakan kau. Tapi aku tak tahu bagaimana caranya nak berterus-terang. Aku takut kena reject! Lagipun, di depan kau, aku dah membina byk imej buruk. Ye lah… kau kenal aku sbg lelaki buaya, yg sering mengayat mana-mana perempuan sana sini. Jadi aku tak punya keberanian nak berterus-terang dgn kau!~ Kay 

Sunday, February 22, 2015

Preview lama: Part 7




BAB 5
Buai laju-laju... ~Arsyad Zikri




Kesian pada Tuan aku tu… Dia tak tau yang dia dah kena pinang dengan orang… iskh…iskh… kena kahwin paksa! ~ Jojo (Kucing Wafiy bertompok hitam dan putih)

Hem…bodoh betul si Arsyad ni sebab terlalu percayakan Rasya. Hey, lelaki… kau ingat Rasya tu betul-betul sayangkan kau ke? Hai… kena tipu hidup-hidupllah kau! ~ Wafiy

Wafiy, tolonglah beritahu! Fiy macam simpan rahsia besar tentang Rasya. Dan juga dendam yg berada di antara Fiy dan Rasya, membuntukan fikiranku! Darah daging sendiri, mengapa harus ada benci? ~ Arsyad. 

Saturday, February 21, 2015

Preview lama: Part 6

Masih di sini...

BAB 4
Sejarah mungkin berulang...
"Oklah, handsome! Jumpa lagi lain kali. Nampaknya sepupu I tak senang lihat I di sini. Ini nombor telefon I. Telefon I kalau you free." Sepupu Rasya itu ada aura seorang penggoda. Nakal! Entah mengapa hatiku tercuit dgn tingkahnya ~ Arsyad. Rasya, akan aku lancarkan perang sabil dengan kau. Aku tak akan biarkan abang aku senasib dengan Hisyam yang pernah engkau tinggalkan dulu~ Wafiy

P/s: Mencari kekuatan diri...

Friday, February 20, 2015

Preview lama: Part 5

Ketika ini...

BAB 3
Wajahmu di mana-mana sering kutemui...






Wafiy akan menjadi menantu dalam rumah ini. Itu hasrat hati sejak dulu… ~ Puan Yasmin

Mencintai Arsyad setulus hati. Dialah lelaki yang berjaya menawan hatiku, dialah segalanya. Namun ikatanku bersama Amer bagaimana kesudahannya? ~ Rasya.

Rasya umpama matahari yang menyinari alam kasih. Mengembirakan. Namun setelah bertembung tanpa sengaja dengan sepupunya, Rasya bagai menyembunyikan sesuatu yang besar dariku… Namun aku tidak mahu prasangka itu memakan rasa bahagia yang berada di jiwaku tika ini. Rasyalah segalanya bagiku. Akan kusunting dirinya menjadi permaisuri hidupku~ Arsyad.

Huh, berani betul ya Rasya menduakan kasih Amer? Di mulut mengaku sayang, di hati… orang lain yg bertakhta. Hipokrit! Kasih telah kau beri pada lelaki dihadapanku ini, lantas… apa yg tinggal buat abangku, Rasya? ~ Wafiy


[Lokasi pengambaran: Di rumah keluarga Arsyad, Pusat membeli-belah Sunway Pyramid ]

P/s: Cuaca panas. Sakit kepala menjadi-jadi.

Tuesday, February 17, 2015

Preview lama: Part 4

Masa berlalu... Tik, tok, tik, tok...

BAB 2
Dendam yang kembali menghiris...





Aku tahu Wafiy sering rasa terpinggir bila berada di dalam keluarga. Tapi apa yang dapat aku lakukan bila mana aku tersepit di antara ibu dan adik… ~Amer Munawer

Wafiy terlalu degil… Tak pernah mendengar kata. Tak seperti Rasya. Rasya anak yang pandai mengambil hati, malah amat menyenangkan. Apa salah aku agaknya mengandungkan Wafiy dulu? ~ Syarifah Mazidah.

Mama, saat kepulangan Rasya yang disambut dengan begitu riang ini, membuatkan hati Fiy kembali terluka. Mama menyayangi Rasya bagaikan Rasya itu anak kandung mama. Kalau Fiy tahu begini keadaan Fiy… baik Fiy tinggal saja bersama Opah, Mak Ngah dan Mak Ucu di kampung. ~Wafiy

P/S: Sungguh rindu. Wafiy, Arsyad, Rasya... hmmm...

Tuesday, February 10, 2015

Preview lama Part 3

Lewat musim ini...


BAB 1
Pagi nan indah... seharum aroma bunga.




~Aku dewasa dalam waktu! Namun keluargaku sendiri seakan menyisihkan aku. Aku tahu, aku tak pernah menyenangkan mereka sebagai anak. Aku bodoh! Kepala batu! Bukan seperti anak emas mereka yang sering jadi pujian… ~Wafiy

~Merangkap sepupu yang paling rapat, Wafiy sudah kuanggap seperti adik dan juga sahabat yang paling best dalam dunia! Dia amat memahami, malah sering ada bila dirinya diperlukan! Dialah lawan tenisku yang paling cantik! Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah aku takkan melupakan satu nama itu iaitu 'Wafiy'~ Syed Azhar (Ad) 

P/s: Pagi tadi cuaca redup, hujan rintik gerimis. Bila ada suasana begini... terus rasa rindu pada entah siapa. 

Preview lama Part2

Kau Tercipta Untukku




Prolog




Suatu waktu dulu… hidupku, perasaanku telah dilukai… Walau mereka itu keluarga kandungku… Namun aku tetap merasa pelik dan janggal berada di dalam lingkungan mereka… Aku ini anak kandung mereka, namun aku tidak merasakan begitu… ~Wafiy

P/s: Rindu sarat buat sebuah karya dan juga keluarga besarnya.Rindu menulis pun ya!

Saturday, February 7, 2015

Preview lama...

Ini preview lama yang ditulis di blog asalnya: penamenari.blogdrive.com Sungguh lama tidak menulis di sana sejak ada blog di blogspot. Seakan sudah berhabuk dan penuh sawangnya. Nak delete rasa sayang. Maka ambil kesempatan untuk copy paste entry yang pernah buat di sana. Di tahun-tahun yang terlalu rajin update blog. Di tahun-tahun yang penuh semangat membara dalam dunia penulisan.

Ini preview novel yang dah pun tercetak berjudul Percaya Ada Cinta. Tajuk asal di blog ialah Kau Tercipta Untukku. Masih ingat, hero-heroinnya? Arsyad dan Wafiy. Waktu 2005-2007 adalah tahun aktif berblogging ketika itu. Ini isinya...

Preview
~Kau Tercipta Untukku~

Kusangkakan... cinta yang sengaja ku hulur itu hanya sekadar mainan...
Tidakku sangka, cinta yang ku anggap mainan itu... bisa membuat hatiku jadi keruan tak menentu. 
Jadi, haruskah ku turut dendam di hati, atau pun membiarkan rasa cinta itu larut di dalam hati?
~Wafiy Munirah~ 
Cinta itu penawar kepada dendam dan benci.
Buka pintu hatimu... dan berjalan terus ke arahku. Aku menunggu mu di situ.
Tetap menunggu kerana ku tahu...Kau Tercipta Untukku.
~Arsyad Zikri~


p/s: Bila baca balik bait-bait kata ni sumpah... rasa kelakar sesangat. Redha je la pernah tulis benda-benda ni semua.